Friday 30 December 2011

HAMBA MU......................



Ya Allah…
Langkahkanlah kaki ku menuju rumah –Mu
Ringankanlah  tangan ku dengan bersedekah
Basahkan lah bibir ku dengan menyebut nama –Mu
Lancarkanlah lidah ku menyebut ayat-Mu
Jauhilah pandanganku dari memandang perkara yang dilarang
Jauhilah telingaku daripada mendengar kata-kata dusta

Ya Allah Ya Tuhanku…
Tundukanlah pandanganku agar aku sentiasa menginsafi akan kelemahan diri
Ringankanlah bibirku menyebut nama-Mu agar aku tidak menjadi hamba yang lupa akan-Mu 

Ya Allah…
Jangan kau biarkan nikmat yang kau berikan ini di salah gunakan
Jadikanlah hamba-Mu ini seorang insan yang sentiasa menyesali akan kesalahan dan kekurangan diri

Ya Allah Yg Maha Mulia…
Jangan kau biarkan aku hanyut akan nikmat dunia yang sementara
Jangan biarkan aku tertipu akan fitnah dunia
Ampunkanlah segala kesalahan ku
Jangan kau biarkan aku mengulangi akan kesalahan lalu…
Kurniakanlah aku petunjuk-Mu agar aku sentiasa berada di landasan yg betul
Dan jangan kau biarkan aku tersungkur di pesimpangan
Sesunguhnya hamba-Mu ini terlalu lemah dan amat memerlukan bimbingan-Mu agar mendapat kemuliaan di sisi-Mu…
Bantulah hamba-Mu ini…
Rahmatilah hidupku…  Amin Yarabbal A'lamin

"Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidahnya basah dengan zikrullah, matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa), sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia."





Berdasarkan buku: SUMBU JIWA, SURAH-SURAH AMALAN PARA SOLIHIN SEPANJANG ZAMAN


No comments:

Post a Comment